Sejarah

Sekolah Menengah Kebangsaan Gelang Patah (SMKGP) ditubuhkan pada bulan Januari 1966 dengan menumpang tiga buah bangunan yang berasingan di S.R.J.K (Cina) Ming Terk.  Mulai penggal ketiga persekolahan tahun 1969, sekolah ini berpindah ke bangunan sendiri yang ada sekarang.  Pada waktu itu jumlah pelajarnya seramai 224 orang iaitu 184 orang pelajar aliran Melayu dan 40 orang pelajar aliran Inggeris.

Pada permulaannya, SMKGP terdiri daripada dua blok iaitu A dan B yang mengandungi pejabat, sebuah makmal sains, dua buah makmal sains rumahtangga, dua buah tandas, empat buah stor, dan sepuluh buah bilik darjah.  Semua pelajar pada masa itu belajar di dua sesi iaitu sesi pagi dan petang.

Pada bulan Januari 1975, satu blok tambahan iaitu Blok C dibina.  Ia mengandungi dua buah bilik darjah, satu bilik stor, dan kantin.  Jumlah murid pada masa itu adalah seramai 542 orang.  Pada tahun 1980, sebuah bangunan rumah berkembar dua telah didirikan.  Pada tahun 1988, sekolah cawangan telah mula menjalankan pentadbiran sendiri dan tahun ini juga kawasan sekolah telah mula menjalankan pentadbiran sendiri dan tahun ini juga sekolah telah mendapat kawasan dari 7.83 ekar kepada 12 ekar.

Pada awal Januari 1989, sebuah bangunan lagi telah dibina iaitu blok D dan mula digunakan pada awal Februari 1990.  Bangunan ini mengandungi enam bilik darjah, satu bilik guru, tiga makmal tulen, dua tandas guru, dan dua tandas murid.  Bangunan KBSM iaitu blok E telah siap dibina yang mengandungi dua belas bilik darjah, manakala bangunan tambahan kantin yang telah dibina telah diubahsuai menjadi persatuan badan beruniform dan stor sukan pada penghujung tahun 1990.  Satu gelanggang serba guna juga telah siap dibina dan digunakan pada pertengahan tahun 1990.

Pada tahun 1994, bengkel Kemahiran Hidup telah diubahsuai menjadi dua buah bilik iaitu bilik kerja kayu dan logam.  Pada Mei 1997, projek pembinaan Dewan Besar telah dimulakan dan siap pada September 1998.  Pada akhir tahun 1998 dan blok bangunan empat tingkat dan sebuah bengkel pertanian telah siap didirikan dan dijangka siap sepenuhnya pada penghujung tahun 1999.

Kini pada tahun 2010, setelah berusia 44 tahun, SMKGP masih berdiri teguh dengan mempunyai 16 orang kakitangan bukan guru, 90 orang guru dan 1300 orang pelajar

1 Komen

One thought on “Sejarah

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s